Saturday, 13 December 2008

Jurnal Kebudayaan (Banjar) KANDIL

Pada tahun 2003 yang lalu Lembaga Kajian Keislaman dan Kemasyarakatan (LK-3), Banjarmasin, Kalsel telah menerbitkan Jurnal Kebudayaan (Banjar?) yang diberi nama KANDIL.

Bagi sesiapa yang ingin mengetahui dan memahami kebudayaan Banjar, Jurnal KANDIL yang merupakan sebuah jurnal ilmiah popular itu saya kira sangat menarik. Sayangnya pengedaran jurnal itu setahu saya tidak sampai ke Malaysia.

Saya agak beruntung kerana kira-kira dua tahun yang lalu, Sdr.Setia Budhi, dosen Unlam yang sedang mengikuti program S3 di Universiti Kebangsaan Malaysia telah menolong membelikan beberapa nombor jurnal tersebut. Jadi saya dapatlah menatap KANDIL edisi 4, 6, 7 dan 8, walaupun tidak dapat menatap edisi yang lain.

Saya difahamkan pada tahun 2006 dan 2007, pengeluaran Jurnal KANDIL telah terhenti kerana masalah kewangan. Bagaimanapun ia telah diterbitkan semula pada tahun 2008 ini.

Saya difahamkan juga oleh Taufik Arbain, Pimpinan Redaksi baru Jurnal tersebut, KANDIL keluaran terbaru ada memuatkan satu makalah yang berkaitan dengan migrasi orang Banjarke Malaysia, bertajuk "Dari Kalimantan Selatan ke Semenanjung Malaysia: Migrasi Orang Banjar pada Dua Zaman" oleh Dr.Mohamed Salleh Lamry.

Bagaimanapun sehingga kini saya belum dapat menatap jurnal KANDIL keluaran terbaru itu, dan masih menunggu kiriman dari Kalsel atau ada sesiapa yang boleh menolong membawanya ke Malaysia nanti.

4 Comments:

Blogger Harat said...

Salam,

Saya harap ada kawan dari Banjar yang boleh menolong membelikan jurnal tersebut.

http://harat.penulisindoensia.com

14 December 2008 at 16:54  
Blogger Hamirdin b Ithnin said...

Dalam gambar Tun tu, kawan yang disebelah Tun tu dijemput ke atau menyebuk?

20 December 2008 at 05:11  
Blogger Musallam said...

Salam Sdr.Hamirdin,

Saya bergambar di atas bukit Kuala Selangor di mana monyet sangat jinak, dan ramai pengunjung pula suka memberi makanan kepada monyet rersebut.

Seekot monyet tersebuat agaknya tidak keberatan bergambar bersama-sama saya!

Ini agaknya hubungan yang harmonis antara manusia dengan "alam".

20 December 2008 at 18:12  
Blogger awi.prt8 said...

salam kulaan,

aku gin intrested,amun hingkat menukar,aku yakin ramai yang turut mahu membeli KANDIL tersebut.mungkin saudara boleh bertindak sebagai perantara untuk pembeli yang berminat termasuk saya.

18 February 2009 at 19:34  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home